PH tak tawar pendidikan percuma kerana faktor ekonomi negara

Iklan
Chean Chung ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) tidak menawarkan pendidikan percuma dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas faktor kewangan semasa negara serta implikasinya di masa hadapan.

Ahli Jawatankuasa Manifesto PH, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, manifesto PH pada setiap pilihan raya juga adalah berbeza dengan mengambil kira pelbagai faktor selain perlu realistik mengikut kemampuan kerajaan semasa.

Iklan
Iklan

"Kita lihat keadaan fiskal dan kewangan kerajaan, apabila hutang terlalu tinggi, kita rasakan pendekatan yang lebih berfokus perlu dilakukan.

"Oleh itu (tawaran pendidikan) difokuskan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) supaya lebih lestari," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR itu menjelaskan, pendekatan tersebut turut dilakukan oleh gabungan parti besar lain yang menawarkan manifesto mengikut keadaan semasa.

Sebagai contoh katanya, BN dan Pas juga akan menawarkan manifesto berbeza bagi setiap pilihan raya mengikut keadaan ekonomi serta kewangan negara.

Iklan

"PH tidak akan 'copy paste' tawaran yang sama (pilihan raya sebelumnya) kerana keadaan ekonomi dan kewangan negara berubah mengkut keadaan,” jelasnya.

Menerusi manifesto yang dilancarkan pada 2 November lalu, PH turut menawarkan pengampunan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disasarkan kepada pelajar B40 selain memperkenalkan lebih banyak biasiswa B40 dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.


Chean Chung ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

Isu LRT: PKR desak CEO Rapid Rail letak jawatan

PETALING JAYA - Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung mendesak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan meletakkan jawatan susulan gangguan perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah.

Chean Chung menegaskan, tindakan tersebut perlu dilakukan bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam itu ekoran pelbagai kelemahan pengoperasian LRT berlaku sejak 2017.

"Perkara ini (gangguan perkhidmatan LRT) sangat serius kerana dijangka akan menjejaskan lebih 1.4 juta orang pengguna kerana penggantungan operasi selama tujuh hari berdasarkan hampir 200,000 penumpang terkesan dalam sehari.

"Tinjauan saya di stesen LRT Lembah Subang semalam (Selasa) mendapati ramai yang terkandas di platform, dalam keadaan hujan selain terpaksa menunggu bas perantara yang lewat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu.

Sebelum ini Rapid Rail dalam kenyataannya memaklumkan, 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula 9 November hingga 15 November.

Gangguan berkenaan berkaitan dengan komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC yang menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan juga tren.

Dalam pada itu Chean Chung yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Petaling Jaya berkata, kerajaan perlu menjalankan audit teknikal yang dikendalikan pihak luar bagi mengetahui punca siri gangguan yang berlanjutan membabitkan sistem pengangkutan awam itu.

"Jika eskalator stesen LRT pun mengambil masa berbulan-bulan untuk diperbaiki, rakyat dan pengguna berhak mengetahui punca sebenar perkara ini berlaku.

"Rapid Rail juga wajar didenda sekiranya didapati kesilapan ini boleh dicegah. Sebelum ini, operator MRT di Singapura, Transit Aliran Massa Singapura (SMRT) pernah didenda sebanyak RM17 juta pada 2015 kerana kecuaian kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan," katanya.