PRU15: Selangor setuju beri cuti umum 18 November

Iklan
Amirudin ketika sidang akhbar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada Rabu.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersetuju untuk memberikan cuti umum kepada warga negeri tersebut sehari sebelum tarikh pengundian iaitu 18 November 2022 (Jumaat).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara tersebut diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan berkenaan akan diluluskan pada Rabu depan selepas menyemak dari segi latar belakang undang-undang dan justifikasi.

"Alhamdulillah, tidak sampai 24 jam saya dah dapat keputusan dan kita dah putuskan, cuma keputusan am itu perlu diluluskan pada minggu hadapan.

Iklan

"Kita juga perlu jalankan proses pewartaan, namun jika kerajaan Persekutuan ingin melakukan perkara sama (cuti umum pada Jumaat), kita akan tarik semula.

"Tapi biarlah Selangor memulakan dulu inisiatif sebagai galakan kepada negeri-negeri lain dan kerajaan Persekutuan yang saya kira memberi manfaat kepada semua tanpa mengira parti," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini pada Rabu.