PRU15: Cadangan KJ sebagai TPM perlu melalui mesyuarat

Iklan
Asyraf Wajdi (kiri) dan Khairy Jamaluddin - Photo: BERNAMA
GERIK - Cadangan dikemukakan Exco Pemuda UMNO yang mencadangkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu melalui mesyuarat.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga calon BN kerusi Parlimen Gerik itu berkata, biarpun UMNO pada dasarnya adalah parti bersifat demokratik dan meraikan semua pandangan namun sebarang cadangan sedemikian seharusnya melalui mesyuarat di peringkat Exco dan dipersetujui semua sebelum diangkat kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

"Itu sistem yang kita ada. Dalam soal ini tidak timbul soal hendak meremehkan pandangan sesiapa kerana ia merupakan sebuah pandangan yang kita harus raikan.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya kita dalam parti ada struktur dan disiplinnya. Maknanya kalau mencadangkan Khairy sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pun hendak jadi begitu juga dan jika begitu, tidak ada keharmonian dalam parti," katanya kepada pemberita selepas kempen Walkabout di Pasar Awam Gerik, di sini, pada Rabu.

Asyraf Wajdi berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar mengenai cadangan Khairy sebagai TPM melalui kenyataan oleh seorang Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang mendakwa jika langkah cadangan itu dapat diumumkan maka ia mampu menjamin kemenangan besar BN dalam PRU15.

Iklan

Menurut laporan itu, Muhamad Muqharabbin berkata, beliau yakin perkara itu (kemenangan besar BN) tercapai susulan rakyat Malaysia khususnya pengundi muda akan melihat sebuah jaminan perubahan besar dalam UMNO dan BN.

Khairy yang merupakan calon BN Parlimen Sungai Buloh semalam dilapor menyatakan secara terbuka di pentas ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor untuk memimpin UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri, suatu hari nanti.

Iklan