SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di negeri sebelah utara, selatan, pantai barat, pantai timur dan Sabah serta Sarawak, pada petang Rabu.
MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah (Padang terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak.
Iklan
Iklan
Turut dijangka berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai).
Sementara itu, di Sarawak melibatkan Miri (Telang Usan dan Marudi) serta Limbang manakala Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).
Amaran yang dikeluarkan pada jam 4.45 petang dijangka berlaku sehingga jam 9 malam pada Rabu.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas kenyataan berkenaan.