Optimis Speedy Tigers mampu kekal momentum kemenangan

Iklan
Ahmad Faizal yakin skuad hoki negara mampu melakar kejutan ke atas Korea Selatan pada final PSAS. - Foto Bernama

MENTERI Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin skuad hoki negara mampu meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2022, pada Khamis.

Beliau berkata, walaupun pada awalnya Speedy Tigers dilihat agak goyah, namun pasukan negara berjaya bermain dengan baik hingga layak ke pentas akhir untuk berdepan Korea Selatan.

Iklan
Iklan

"Saya amat yakin Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pihak swasta dan penaja akan memikirkan insentif yang akan diberikan kepada pemain sebagai penyuntik semangat untuk bermain pada malam esok (Khamias) menentang Korea Selatan pada aksi final," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Tambun, Ipoh pada Rabu.

Skuad hoki lelaki negara layak ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2022 setelah mempamerkan aksi berbisa membenam Jepun 4-2 dalam perlawanan terakhir liga.

Iklan

Keputusan tersebut membolehkan skuad bimbingan Arul Selvaraj mengumpul 10 mata menerusi tiga kemenangan, satu seri dan satu kalah untuk menduduki tempat kedua manakala Korea Selatan mengesahkan kedudukan teratas selepas menumpaskan Afrika Selatan 2-1.

Malaysia tidak pernah muncul juara sejak kejohanan berprestij itu diperkenalkan pada 1983 dengan pencapaian terbaik adalah naib juara sebanyak lima kali dan edisi terakhir pada 2019 menyaksikan skuad negara meraih tempat ketiga selepas menewaskan Kanada 4-2, manakala juara menjadi milik Korea Selatan dan India naib juara. - Bernama

Iklan