Pekerja ladang maut langgar lembu

Iklan
Seorang pemuda maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditungganginya merempuh seekor lembu di Jalan Felda Aring 6, Gua Musang pada Rabu.

GUA MUSANG - Seorang pemuda maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditungganginya merempuh seekor lembu di Jalan Felda Aring 6 di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa, 22, yang juga pekerja ladang meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Felda Aring 1.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Felda Aring 6 menghala ke Felda Aring 4.

"Setiba di lokasi kejadian, mangsa yang terkejut dengan kehadiran seekor lembu tidak sempat mengelak dan melanggar haiwan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, mangsa terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

Iklan

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.