PRU15: GTA umum manifesto esok, tak janji bukan-bukan

Iklan
Mahathir (kiri) dan Rafique selepas bertemu pengundi di pasar malam Seksyen 24 pada Rabu.

SHAH ALAM - Parti Gerakan Tanah Air (GTA) akan mengumumkan manifestonya pada Khamis untuk menarik undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara yang terkandung dalam manifesto itu adalah menghapuskan rasuah dan membawa pihak yang melakukan jenayah itu ke muka keadilan.

Iklan
Iklan

Dalam padfa itu, Dr Mahathir turut menyindir manifesto parti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan BN yang dikatakan tidak mampu menunaikan janji seperti ditawarkan.

"Mereka (PN, PH dan BN) boleh janji macam-macam, tapi mereka tidak boleh buat.

Iklan

"Ini yang kita buat dulu apabila kita mempunyai kerajaan seperti itu, negara dapat dimajukan," katanya selepas bertemu pengundi bersama calon Pejuang Tanah Air (Pejuang) Shah Alam, Rafique Rashid di pasar malam Seksyen 24 di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut yakin Rafique mempunyai peluang cerah untuk menang di Shah Alam berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima di kawasan Parlimen berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat beberapa kawasan yang kurang mendapat sambutan di Selangor dan memerlukan perhatian tambahan bagi meraih undi rakyat.

"Di Selangor banyak tempat sambutannya agak baik. Bila kita buat lawatan, mereka (pengundi) datang dengan ramai.

"Ada beberapa kawasan yang kurang baik dan kita sedang usahakan supaya mereka faham apa itu GTA dan manfaat yang bakal mereka peroleh jika menyokong GTA.

"Tapi (yang penting) kita ikhlas nak dirikan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah," katanya.