KUALA LUMPUR - Rapid KL mengambil langkah tambahan dengan menambah 40 bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas ekoran penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya, bermula 10 November.
Rapid KL dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Rapid Bus mendapat kerjasama daripada Smart Selangor dan Mara Liner untuk menyediakan masing-masing 20 bas di bawah kendalian mereka.