PENGENDALI Croatia, Zlatko Dalic menamakan skuad 26 pemain dengan gabungan pemain baharu dan berpengalaman untuk Piala Dunia 2022 di Qatar pertengahan bulan ini.
Dalic menggandingkan kepakaran veteran seperti Luka Modric dan Domagoj Vida dengan bakat muda seperti Josko Gvardiol.
Croatia yang menduduki tempat teratas Kumpulan 1 Liga Negara-Negara UEFA mengatasi juara dunia Perancis dan Denmark, dan naib juara 2018 akan ke negara Teluk tersebut dengan momentum positif.
Croatia membuka kempen Qatar 2022 menentang Maghribi pada 23 November diikuti Belgium dan Kanada dalam Kumpulan F.
"Namun terdapat pasukan lain yang juga mempunyai cita-cita seperti kami, namun paling penting tumpuan perlawanan pertama menentang Maghribi.
"Pasukan dari Rusia berada di tempat kedua di dunia, dan apabila anda melihat di mana para pemain tersebut bermain, mereka semua beraksi bersama kelab terbaik. Seorang pemain beraksi di liga Croatia, dan kini terdapat tujuh atau lapan daripada mereka disini.
"Bagaimanapun, saya percaya kepada para pemain Croatia. Ini kerana pemain muda akan dipacu pengalaman pemain senior yang lebih matang permainan. Saya percaya para pemain ini boleh melakukan banyak perkara,” katanya.
SKUAD PIALA DUNIA 2022 CROATIA
PENJAGA GOL: Dominik Livakovic (Dinamo Zagreb), Ivica Ivusic (NK Osijek), Ivo Grbic (Atletico Madrid)
PERTAHANAN: Domagoj Vida (AEK Athens), Dejan Lovren (Zenit St Petersburg), Borna Barisic (Rangers), Josip Juranovic (Celtic), Josko Gvardiol (RB Leipzig), Borna Sosa (VfB Stuttgart), Josip Stanisic (Bayern Munich), Martin Erlic (Sassuolo), Josip Sutalo (Dinamo Zagreb)
PEMAIN TENGAH: Luka Modric (Real Madrid), Mateo Kovacic (Chelsea), Marcelo Brozovic (Inter Milan), Mario Pasalic (Atalanta), Nikola Vlasic (Torino), Lovro Majer (Stade Rennais), Kristijan Jakic (Eintracht Frankfurt), Luka Sucic (Salzburg)
PENYERANG: Ivan Perisic (Tottenham Hotspur), Andrej Kramaric (Hoffenheim), Bruno Petkovic (Dinamo Zagreb), Mislav Orsic (Dinamo Zagreb), Ante Budimir (Osasuna), Marko Livaja (Hajduk Split)