SHAH ALAM - Sebanyak 3,267 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dengan dua daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).