Lima pekerja cemas rumah bot hanyut

Iklan
Rumah bot di Tasik Kenyir ini hanyut setelah ikatan terputus petang tadi. Foto: Ihsan Bomba

HULU TERENGGANU - Lima pekerja sebuah rumah bot di Tasik Kenyir berdepan detik cemas apabila rumah bot berkenaan hanyut akibat ribut petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, kesemua mangsa berada dalam rumah bot sepanjang sekitar 20 meter sebelum tali ikatan yang ditambat terputus lalu hanyut.

Iklan
Iklan

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK II Zuraidi Mohd Yusuf berkata, pihaknya terima panggilan jam 5.05 petang dan bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera.

Menurutnya, kekuatan anggota terlibat seramai lapan orang dan kami tiba di lokasi kejadian jam 7.45 petang.

Iklan

"Sampai di lokasi didapati sebuah rumah bot hanyut sejauh kira-kira 50 meter daripada kedudukan asal.

"Terdapat lima mangsa di dalam rumah bot terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan berusia antara 19 hingga 23 tahun.

Iklan

"Pihak bomba seterusnya membantu mengeluarkan mangsa daripada rumah bot berkenaan. Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Katanya lagi, keadaan terkawal setelah hujan serta ribut berhenti.

Operasi menyelamat bot hanyut tamat jam 5.55 petang