Conte tiada pilihan, kerah kudrat Kane

Iklan
Kane (kanan) berada dalam keletihan menjelang saingan Piala Dunia di Qatar pertengahan bulan ini. - Foto Agensi

PENGURUS Tottenham Hotspur, Antonio Conte tiada pilihan terpaksa mengerahkan kudrat para pemain untuk mengharungi jadual liga domestik dan Eropah yang padat.

Akibat kekurangan pemain, Conte tetap menyenaraikan Harry Kane dalam kesebelasan utama ketika Spurs tewas 0-2 di Nottingham Forest pada aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris pada Khamis.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun selepas sejam beraksi, kapten England itu terpaksa dikeluarkan.

Ini kerana Kane dilihat kehabisan tenaga menjelang seminggu sebelum mengetuai England bersaing di Piala Dunia Qatar 2022.

Iklan

Sepanjang 21 perlawanan, Kane bermula dalam senarai kesebelasan utama.

Conte sudah kehilangan Son Heung-min yang menjalani pembedahan selepas tulang di tepi matanya retak.

Iklan

Richarlison dan Dejan Kulusevski pula dalam proses pemulihan akibat kecederaan.

"Dia amat keletihan. Semalam (Rabu), kami menjalani sesi latihan ringan, sangat ringan dan pada satu masa, dia berhenti untuk mengembalikan semula tenaganya.

"Saya yakin dia ok, tetapi hanya keletihan dan itu situasi biasa kerana Harry bermain dalam semua perlawanan kami.

"Apabila anda memiliki pemain sepertinya, sukar untuk membuat keputusan sama ada mahu menurunkannya atau tidak," ujarnya.

Bagi memberi laluan kepada Piala Dunia yang berlangsung pada pertengahan musim liga buat kali pertama, aksi peringkat kumpulan kejohanan kelab Eropah ditangguhkan selama dua bulan.

Menjelang aksi Spurs menentang Leeds pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu ini, mereka telah beraksi 13 perlawanan dalam tempoh 42 hari sebelum rehat Piala Dunia.