PN mampu realisasi tawaran PRU15

Iklan
Muhyiddin dan barisan kepimpinan PN ketika melancarkan manifesto bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’ atau PN Best pada Ahad lalu.

Pengundi yakin 12 tunjang yang dilancarkan menerusi manifesto realistik

SHAH ALAM - Tawaran manifesto yang dilancarkan Perikatan Nasional (PN) bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’ atau PN Best pada Ahad lalu, disambut baik pengundi tempatan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 12 tunjang yang ditawarkan parti gabungan itu sekiranya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Iklan
Iklan

Membina ekonomi masa hadapan, meningkatkan nilai dan taraf hidup rakyat serta membersihkan politik dan tadbir urus merupakan antara tunjang yang diberi keutamaan selain menyediakan 30 pendekatan dan 234 tawaran.

Muhyiddin menyampai ucapan pelancaran PN Best.

Iklan
Jelas Muhyiddin, tunjang lain yang digariskan adalah mensejahterakan bumiputera, Orang Asli dan semua kaum, merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan melestarikan alam sekitar dan merancakkan pelancongan.

Rata-rata mereka yang mengikuti majlis pelancaran sempena Tawaran PRU15 PN itu menyifatkan senarai berkenaan bukanlah janji kosong, malah mampu direalisasikan.

Iklan

Seorang penduduk, Imran Ishak percaya dengan kemampuan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang begitu bersungguh memberi lebih 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat ketika pentadbiran beliau sebelum ini.

"Jika kita perasan, kadar pengangguran sejak Januari hingga September tahun ini menunjukkan penurunan dan itulah antara jasa beliau dalam memulihkan kembali ekonomi negara,” katanya.

AHMAD FIRDAUS

Bagi wakil anak muda, Ahmad Firdaus Roszri, antara tawaran yang paling menarik perhatiannya adalah memperkasakan belia dan mensejahterakan keluarga muda dengan program pembiayaan perumahan tanpa faedah.

"Saya lihat tawaran menyewa rumah yang diumumkan memang berbaloi dan bukti PN prihatin kepada keperluan anak muda. Lagi satu, diskaun Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) sebanyak 25 peratus pun bagus,” katanya.

VISSA KALANSIEAM Vissa

Sementara itu, ibu tunggal, Vissa Kalansieam juga berharap semua manifesto yang ditawarkan itu dapat direalisasikan untuk rakyat Malaysia khususnya demi membela kebajikan golongan memerlukan.

"Sudah tentunya saya suka jika semua janji-janji itu dapat direalisasikan dan ia memberi manfaat kepada golongan B40 seperti saya untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

12 TUNJANG TAWARAN PN BEST:

Tunjang 1: Membina ekonomi masa hadapan.

Tunjang 2: Meningkatkan nilai dan taraf hidup rakyat.

Tunjang 3: Membersihkan politik dan tadbir urus.

Tunjang 4: Mensejahterakan bumiputera, orang asli dan semua kaum.

Tunjang 5: Merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.

Tunjang 6: Melestarikan alam sekitar dan merakcakkan pelancongan.

Tunjang 7: Memperkasa belia dan mensejahterakan keluarga muda.

Tunjang 8: Mengoptimumkan potensi wanita.

Tunjang 9: Membina warga emas yang sejahtera.

Tunjang 10: Memperkasa orang kelainan upaya (OKU).

Tunjang 11: Memperkasa generasi Felda.

Tunjang 12: Mentransformasikan petani, penternak, nelayan dan pekebun kecil.

REAKSI PENGUNDI & CALON

"Saya percaya manifesto tersebut boleh dilaksanakan di bawah kepimpinan Abah (Tan Sri Muhyiddin) kerana kita lihat semasa gelombang Covid-19 melanda negara, beliau berusaha sedaya upaya untuk membawa vaksin kepada semua rakyat. Beliau pastikan semua orang sudah divaksin dan tidak ada seorang pun tertinggal.” - Pengundi, M Mahadevan

"Dari sudut pandangan saya, manifesto yang dilancarkan adalah yang berbentuk realistik dan sesuai untuk semua golongan masyarakat. Ini bukan hanya semata-mata janji-janji untuk memastikan kemenangan di PRU15 nanti, tetapi tawaran yang membawa kebaikan kepada semua golongan termasuklah B40, M40 dan juga T20.” - Pengundi, Hamsatul Hamzah

"Satu tawaran yang munasabah dan saya percaya dengan pengalaman sebagai bekas perdana menteri dan anggota kabinet, manifesto yang ditawarkan boleh dilaksanakan. Malah, tidak menjadi halangan buat kerajaan atas dasar teras utama yang ditekankan iaitu pembentukan kerajaan yang bersih.” - Pengundi, Mohd Fadli Ghani

"Selepas Perintah Kawalan Pergerakan selepas negara dilanda Covid-19, ramai rakyat hidup susah. Jadi, kami percaya dengan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin mampu mengembalikan negara lebih baik.” - Calon Parlimen Bukit Bintang, Chen Win Keong

"Kita akan buktikan bahawa PN mampu kerana sebelum ini kita pernah melaksanakan segala inisiatif untuk kebajikan rakyat. Kita akan terus buktikan bahawa inilah parti yang benar-benar prihatin, bersih dan stabil untuk membawa Malaysia lebih sejahtera.” - Calon Parlimen Bangi, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir

"Saya mahu memfokuskan manifesto, yang pertama Internet percuma untuk belia yang mahu memulakan perniagaan, kuota senator yang lebih dibuka kepada beliawanis dan ketiga, diskaun PTPTN sebanyak 25 peratus.” - Calon Parlimen Damansara, Lim Si Ching

ADVERTORIAL