Hadiah RM130,000 menanti kaki pancing

Iklan
Md Zali (kiri) memberikan taklimat ketika lawatan ke Pantai Bisikan Bayu.

PASIR PUTEH - Hadiah keseluruhan berjumlah RM130,000 bakal menanti kaki pancing dalam pertandingan memancing Malaysia Surfcasting Tour 2019 A Journey To Visit Malaysia 2020 di Pantai Bisikan Bayu, Sabtu ini.

Program anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management itu bertujuan untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 sekali gus sebagai satu platform mempromosikan pantai-pantai di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Siri kedua ini dijangka akan disertai 2,000 penyertaan di persisir pantai sepanjang 2.5 kilometer.

Juara bakal membawa pulang RM70,000, kedua RM12,000 dan ketiga RM5,000.

Iklan

Pemenang keempat hingga ke-100 juga bakal pulang bersama hadiah wang tunai.

Menurut wakil WakJali Event, Md Zali Kasran, pertandingan itu bakal menyaksikan pemancing dari seluruh negara berkumpul di Kelantan.

Iklan

Beliau yakin saiz ikan yang lebih besar akan menarik lebih ramai kaki pancing untuk menyertai pertandingan itu.

"Terdapat juga cabutan bertuah kepada peserta antaranya TV LED 60 inci dan TV LED 32 inci.

"Lapan lagi lokasi baharu yang akan diadakan selepas ini adalah di Pantai Remis, Selangor; Pantai Sepat, Pahang; Pantai Pontian, Johor; Port Dickson, Negeri Sembilan dan Pantai Kuala Perlis,” katanya selepas memberi taklimat pertandingan.

Berikutan musim monsun Timur Laut yang baru berlalu, pertandingan kali ini diyakini bakal menyaksikan pelbagai spesis ikan gred A akan menjadi buruan peserta.

Bagi pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak penganjur di talian 019-6203040, 012-2457647 dan 013-3838655.