PASIR MAS - Pas optimis akan memenangi 36 kerusi Parlimen seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November depan susulan gabungan dan sokongan dalam Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sokongan rakyat kepada PN turut menjadi harapan kepada Pas untuk memenangi lebih kerusi pada PRU kali ini.
Iklan
Iklan
"Pas juga berpuas dalam proses berkempen dan kerjasama semua parti untuk PRU kali ini," katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan akhir pengoperasian solar Danau Tok Uban, di sini pada Khamis.
Hadir sama, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail; Pengarah Kanan Projek Solar Terapung Danau Tok Uban, Achmat Nadhrain Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cypark Resources Berhad.
Ketika ditanya mengenai kelayakan calon Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Mat Nawi bertanding susulan masih memegang jawatan Ecxo Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Takiyuddin berkata, isu itu tidak timbul kerana sudah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Walaupun memegang jawatan bergaji tetapi pencalonan beliau diterima Pegawai Pengurus PRU," katanya.