Polis Britain tahan pengasas WikiLeaks

Iklan
Julian Assange (tengah) ditahan di kedutaan Equador di London.

LONDON - ENGLAND. Polis Britain menahan pengasas WikiLeaks Julian Assange di kedutaan Ecuador di London selepas suakanya ditarik balik, kata pasukan keselamatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Julian tinggal di kedutaan berkenaan sejak 2012, ketika mendapatkan perlindungan di sana.

Iklan
Iklan

WikiLeaks mendakwa Ecuador"secara salah” menarik balik suaka Julian, dan berkata kedutaan Ecuador mengundang polis memasuki bangunan itu untuk menahannya.

"Ecuador secara salah membatalkan suaka politik Julian Assange dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa,” menurut laman itu di Twitter, dan menambah kedutaan berkenaan mengundang polis Britain memasuki bangunannya dan membuat penahanan itu. – AFP

Iklan
Iklan