SHAH ALAM - Semua jentera dan agensi terlibat telah bersiap sedia dan digerakkan ke kawasan banjir kilat di negeri ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau sudah menerima laporan beberapa kawasan yang sedang dinaiki air akibat hujan lebat dan fenomena air pasang besar.
Iklan
Iklan
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, lapan kawasan di sekitar Meru dilanda banjir kilat berikutan hujan tanpa henti sejak 3 petang Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Norazam Khamis berkata, lapan kawasan itu ialah di Meru 3, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Kasban, Jalan Kenangan dan Taman Daya.
Menurutnya, selain itu air juga melimpah di Jalan Khamis, Jalan Jabar dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru.