PRU15: Tubuh konsortium bantu pasarkan produk tempatan

Iklan
Muhammad Ismi

PARIT - Perikatan Nasional (PN) Parlimen Parit berhasrat untuk menubuhkan konsortium khas bagi meningkatkan hasil ekonomi tempatan sekiranya gabungan itu diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Calon bagi Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib berkata, perkara itu dilihat kepada pengeluaran produk yang diusahakan penduduk antaranya ternakan ikan air tawar, pusat ternakan ayam kampung dan durian.

Iklan
Iklan

"Jadi kita boleh usahakan penubuhan satu konsortium khas untuk bantu pemasaran dan meningkatkan hasil pendapatan sekali gus menjana peluang pekerjaan di kawasan kita ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut beliau, tawaran yang disediakan itu adalah berdasarkan kepada tiga teras utama iaitu kecekapan tadbir urus, membangun ekonomi setempat serta pembangunan sosial dan modal insan.

Iklan

"Terdapat 29 tawaran khusus untuk rakyat di kawasan Parlimen termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota dan Belanja antaranya Mukim Lambor dijadikan kawasan pertanian, mewujudkan hub pengangkutan darat di Perak Tengah dan memperkenalkan Parit sebagai pekan warisan.

"Selain itu, kita mahu menaik taraf beberapa kemudahan penting termasuklah jalan raya utama, liputan rangkaian telekomunikasi, fasiliti sukan dan lain-lain sebagai memenuhi keperluan penduduk tempatan," katanya.

Iklan

Tambah beliau, tawaran itu merupakan komitmen partinya untuk berkhidmat membangun dan memajukan kawasan demi kepentingan rakyat.