MELAKA - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan kekal sebagai calon Perdana Menteri BN, apabila parti itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, keputusan tersebut sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak perlu timbul spekulasi berkaitan perkara berkenaan ketika BN sedang berkempen untuk menang pada PRU kali ini.