Qatar 2022: Giroud perkuat cabaran Perancis

Iklan
Olivier Giroud

PENGENDALI Perancis, Didier Deschamps menyenaraikan semula tonggak berpengalaman Olivier Giroud dalam misi Les Bleus mempertahankan kejuaraan pada Piala Dunia 2022 di Qatar pertengahan November ini.

"Pemilihan Giroud membuktikan dalam situasi sekarang pasukan masih memerlukan pengalaman dan khidmatnya di padang.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya kehadiran Giroud amat penting dalam misi pasukan Perancis di Qatar kali ini," kata Deschamps selepas pasukan kendaliannya terpalit dengan krisis kecederaan beberapa pemain utama.

Les Bleus juara bertahan edisi Rusia 2018, sedang mengintai peluang di Qatar menjadi pasukan pertama mempertahankan gelaran tersohor dunia itu sejak Brazil pada 1962.

Iklan

Pemain berusia 36 tahun itu yang berehat sembilan bulan setelah Perancis tersingkir awal dari Euro 2021, berada dalam prestasi terbaik ketika bersama AC Milan, masih kurang dua gol untuk menyamai rekod milik legenda Thierry Henry dengan 51 gol.

Pada edisi Rusia 2018, Giroud beraksi dalam semua perlawanan, namun tidak menjaringkan gol.

Iklan

Pada masa sama Deschamps turut menyenaraikan beberapa pemain Les Bleus yang ketika ini bergelut untuk pulih daripada kecederaan, termasuk pemenang Ballon d'Or, Karim Benzema, pertahanan tengah Paris St Germain (PSG), Presnel Kimpembe dan pertahanan Manchester United, Raphael Varane.

Tanpa kelibat Paul Pogba dan Ngolo Kante yang disisihkan berikutan kecederaan, Aurelien Tchouameni, Adrien Rabiot dan Eduardo Camavinga adalah antara enam tonggak tengah ditampilkan Les Bleus di Qatar.

Kylian Mbappe mengetuai jentera depan bersama Giroud, Benzema, Kingsley Coman, Ousmane Dembele, Antoine Griezmann dan Christopher Nkunku.

Perancis yang diundi dalam Kumpulan D bersama Denmark dan Tunisia akan menyingkap kempen berdepan Australia di Stadium Al Janoub, pada awal pagi 23 November.

SKUAD PIALA DUNIA 2022 PERANCIS

PENJAGA GOL: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur), Steve Mandanda (Rennes), Alphonse Areola (West Ham United)

PERTAHANAN: Lucas Hernandez (Bayern Munich), Theo Hernandez (AC Milan), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Ibrahima Konate (Liverpool), Jules Kounde (Barcelona), Benjamin Pavard (Bayern Munich), William Saliba (Arsenal), Raphael Varane (Manchester United), Dayot Upamecano (Bayern Munich)

PEMAIN TENGAH: Eduardo Camavinga (Real Madrid), Youssouf Fofana (Monaco), Matteo Guendouzi (Marseille), Adrien Rabiot (Juventus), Aurelien Tchouameni (Real Madrid), Jordan Veretout (Marseille)

PENYERANG: Karim Benzema (Real Madrid), Kingsley Coman (Bayern Munich), Ousmane Dembele (Barcelona), Olivier Giroud (AC Milan), Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Christopher Nkunku (RB Leipzig)