PRU15: 'Tak perlu tunggu menang, sekarang kami dah buat kerja'

Iklan
Lando Zawawi - Foto Sinar Harian/ ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM -"Tak perlu tunggu menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekarang kami dah buat kerja," kata Calon Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Tanjong Karang, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali dengan nama Lando Zawawi.

Beliau berkata, tiga isu sudah dalam perhatian pihaknya untuk diselesaikan antaranya isu ban pecah, jalan raya rosak dan masalah voltan eletrik rendah di Kampung Tali Air Dua.

Iklan
Iklan

"Semua masalah ini kita sudah berhubung dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk diselesaikan.

"Pencawang baharu akan dibina untuk mengatasi masalah voltan eletrik rendah ini dengan semua kos dibiayai TNB,” katanya ketika Program Sinar Live bertajuk 'Adakah peluang di kubu kuat BN? yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, pada Khamis.

Iklan

Turut menjadi tetamu, Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Tanjong Karang, Siti Rahayu Baharin.

Lando berkata, beliau bukan ahli politik dan tidak akan berkempen seperti calon parti lain, sebaliknya untuk merapatkan silaturahim sesuai dengan objektif Persatuan Ikatan Silaturrahim Brotherhood yang diasaskan olehnya.

Iklan

Pengarah dan penerbit produksi itu berkata, sistem yang baik akan beri keuntungan kepada rakyat.

"Hapuskan rasuah itu nombor satu, Malaysia ini rasuah mula-mula bawah meja, lepas tu atas meja. Sekarang ini dah 2022 dengan meja-meja sekali dia rembat.

"Jadi kita nak hapuskan rasuah. Saya letak syarat salah satu terma saya dengan Pejuang ialah sekiranya seseorang itu disabit dengan salah laku rasuah melibatkan RM100,000 ke atas, hukumannya adalah hukum bunuh terus,” katanya.