PRU15: K-KOMM tubuh task force tangani berita palsu

Iklan
Annuar menyampaikan hadiah kepada pemenang di Karnival Komuniti E Sport Keluarga Malaysia Ketereh pada Khamis.

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) pada Khamis meluluskan pembentukan satu task force bagi menangani penyebaran berita palsu sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, unit petugas itu membabitkan 120 keanggotaan daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Iklan
Iklan

"Permohonan itu dibuat oleh pengerusi SKMM dan saya telah setuju meluluskannya hari ini supaya unit ini dapat segera berfungsi selain meluluskan sedikit peruntukan untuk memperoleh gajet," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Karnival Komuniti E Sport Keluarga Malaysia Ketereh di sini pada Khamis.

Iklan

Annuar berkata, task force itu akan berfungsi selama 24 jam sehari untuk memantau penyebaran berita palsu atau yang menyalahi peraturan ditetapkan.

"Arahan kita, kalau jelas berita yang tersebar adalah palsu, mereka boleh terus bertindak memadamkannya sebelum tersebar atau menjadi viral," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Annuar turut menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mengganggu kelancaran proses PRU15.

Beliau juga memohon orang ramai agar segera membuat laporan kepada pihak SKMM jika mengenalpasti terdapat berita palsu yang tersebar.