PRU15: Semak tahap liputan di pusat penjumlahan undi - Annuar

Iklan
Annuar (kanan) beramah mesra dengan para peserta ketika hadir pada majlis penutup Karnival Komuniti Esports Keluarga Malaysia di Dewan Tun Abdul Ghaffar Baba Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan Padang Kala hari ini. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Semua syarikat telekomunikasi diarahkan menyemak kelajuan dan liputan internet masing-masing di lokasi penjumlahan undi bagi memastikan kelancaran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dinasihatkan segera membuat pemantauan berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

"Semua kena turun ke lokasi bagi menyemak tahap liputan di pusat pengundian. Saya nasihatkan agar semua lokasi penjumlahan undi dipasang 'booster' supaya semua urusan dapat dilakukan tanpa gangguan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat mengendalikan PRU15 sebaik mungkin.

"Keperluan juga perlu dilihat di pusat daerah mengundi (PDM) supaya calon mana-mana parti boleh menggunakan kemudahan telekomunikasi yang disediakan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Karnival Komuniti E Sport Keluarga Malaysia Ketereh di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan berkaitan Annuar berkata, syarikat telekomunikasi juga dinasihatkan bertindak lebih proaktif melakukan persiapan awal mendepani bencana banjir tahun ini.

Iklan

Katanya, ia termasuk menyemak kelajuan liputan dan menempatkan penjana tenaga di kawasan yang telah dikenal pasti terkesan banjir sebelum ini.

"Kita telah memberi arahan tersebut kepada SKMM berikutan amaran hujan lebat berterusan telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Kita tidak mahu bila talian elektrik terpaksa diputuskan semasa banjir, sistem telekomunikasi juga terputus. Sebab itu kita mahu semua disiapkan awal-awal agar orang yang mungkin terperangkap banjir masih boleh berhubung," katanya.