SWITZERLAND mempertaruhkan pengalaman pemain apabila menyingkap kempen Piala Dunia 2022 di Qatar, pertengahan November ini.
Malah pengendali Switzerland, Murat Yakin menyandarkan harapan kepada beberapa pemain veteran, termasuk Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri dalam skuad 26 pemain kali ini.
"Ya, ramai pemain telah memberikan persembahan meyakinkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini bagi merebut tempat dalam pasukan kebangsaan.
"Saya yakin 26 pemain ini mampu membantu mencapai matlamat pasukan menghasilkan keputusan positif dalam setiap perlawanan," kata Yakin.
Switzerland akan membuka kempen Piala Dunia 2022 di Qatar menentang Cameroon pada 24 November diikuti Brazil dan Serbia dalam Kumpulan G.
SKUAD PIALA DUNIA 2022 SWITZERLAND
PENJAGA GOL: Gregor Kobel, Yann Sommer, Jonas Omlin, Philipp Kohn
PERTAHANAN: Manuel Akanji, Eray Comert, Nico Elvedi, Fabian Schar, Silvan Widmer, Ricardo Rodriguez, Edimilson Fernandes
PEMAIN TENGAH: Michel Aebischer, Xherdan Shaqiri, Renato Steffen, Granit Xhaka, Denis Zakaria, Fabian Frei, Remo Freuler, Noah Okafor, Fabian Rieder, Ardon Jashari
PENYERANG: Breel Embolo, Ruben Vargas, Djibril Sow, Haris Seferovic, Christian Fassnacht