PRU15: GTA bukan pengacau undi

Iklan
Muhammad Rafique Rashid Ali - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM – Gerakan Tanah Air (GTA) bukan gabungan parti yang diwujudkan untuk mengacau undi sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

Calon GTA bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Malaysia adalah negara yang berpaksikan demokrasi dan undang-undang.

Iklan
Iklan

"Ia mudah sahaja, semua orang berhak untuk bertanding seperti mana orang berhak mengundi.

"Adakah hak untuk bertanding itu milik beberapa parti politik sahaja?” soalnya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi Program Sinar Live bertajuk 'Survival Calon Hot Seat' yang diacarakan Hazwan Mokhtar dan disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.

"Kenapa dahulu semasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih baharu tak dikatakan sebagai kacau undi dan mengapa GTA, Pejuang masuk bertanding dikatakan kacau undi?

Iklan

"Saya rasa bukan sebab kacau undi tetapi kerisauan undi akan datang kepada kami kerana kita menampilkan satu yang baharu, kita bawa calon-calon yang ada ilmu ada keahlian dari segi bidang masing-masing, kita boleh bagi setiap orang ‘good fight’. Insya-ALLAH...saya yakin tiada kacau undi,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai bencana banjir yang kerap melanda Shah Alam, Rafique berkata, jentera GTA-Pejuang Shah Alam telah bersedia dan mula terlibat dengan sukarelawan bagi membantu mangsa banjir bermula sejak banjir besar di Taman Sri Muda.

"Sekarang ini kami telah turun ke kawasan banjir dan bukan buat kerja untuk kempen. Kami akan memberi peringatan kepada orang ramai di media sosial tentang bahaya dan bencana yang sedang berlaku agar mereka dapat mengelak dan membuat persediaan sebelum keadaan menjadi buruk,” kata beliau.