Piala Liga: Manchester United kembali fantastik

Iklan
Fernandes antara pencetak gol United ketika menyingkirkan cabaran Villa pada pusingan ketiga Piala Liga di Old Trafford. - Foto Agensi

GERGASI Liga Perdana Inggeris, Manchester United menampilkan persembahan luar biasa untuk menyingkirkan Aston Villa 4-2 dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga di Stadium Old Trafford.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan bermula hambar pada separuh masa pertama sebelum Ollie Watkins meletakkan pelawat di depan pada minit ke-48, yang kemudiannya dipadamkan dengan penyamaan Anthony Martial di minit ke-49'.

Iklan
Iklan

Anak buah Unai Emery kembali semula di depan selepas tonggak pertahanan The Red Devils, Diogo Dalot menjaringkan gol sendiri pada minit ke-61', yang hanya bertahan tujuh minit sebelum jaringan penyamaan Marcus Rashford minit ke-67'.

Jaringan penyamaan Rashford menyaksikan kebangkitan luar biasa angkatan Erik Ten Hag apabila meledak dua lagi gol menerusi Bruno Fernandes (78') dan Scott McTominay (91'), sekali gus menebus kekalahan 1-3 perlawanan liga di Villa Park baru-baru ini.

Iklan

"Separuh masa pertama pasukan tidak hebat dalam penguasaan bola jadi ia sama seperti hari lain. Separuh masa kedua pasukan tampil bermain dengan lebih yakin.

"Matlamat saya adalah untuk menikmati bola sepak dan berjaya melakukannya dalam perlawanan ini. Jika saya menjaringkan gol dan menang, maka saya gembira," kata Rashford.

Iklan

PIALA LIGA

Pusingan Keempat

Wolves lwn Gillingham

Southampton lwn Lincoln City

Blackburn Rovers lwn Nottingham Forest

Newcastle United lwn Bournemouth

Manchester City lwn Liverpool

Manchester United lwn Burnley

MK Dons lwn Leicester City

Charlton lwn Brighton