PRU15: Pasir Salak punyai lebih 40,000 pengundi 'putih' BN

Iklan
Saarani (dua dari kanan) bersama calon-calon BN iaitu Khairul Azwan Harun (dua dari kiri), Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (kanan) dan Datuk Ibrahim Katop (kiri).

PASIR SALAK - Sekurang-kurangnya 40,000 daripada lebih 74,000 pengundi berdaftar di Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dikenal pasti merupakan pengundi 'putih' BN.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampong Gajah dan Sungai Manik akan kekal milik BN sekiranya kesemua pengundi menunaikan tanggungjawab pada 19 November ini.

Iklan
Iklan

"Sekurang-kurangnya 40,000 pengundi putih BN di Pasir Salak, yang ini kita boleh beritahu semua calon lawan kita, beritahu mereka jangan buang masa, duit dan tenaga kerana kami akan menang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Kestabilan Demi Kesejahteraan Parlimen Pasir Salak di Command Centre BN di sini pada malam Khamis.

Iklan

Menurut Saarani, BN kehilangan kerusi dengan majoriti tipis pada PRU14 kerana kegagalan memastikan pengundi putih keluar mengundi.

"BN parti tunggal terbesar yang menang tetapi kalah di DUN Titi Serong, Chenderiang, Selama, Kubu Gajah dan Behrang. Apabila saya semak kerana kedapatan pengundi putih tidak keluar.

Iklan

"Apabila disebut 40,000 itu, ia mesti diterjemahkan dalam kotak undi dengan pastikan semua keluar mengundi. Saya hendak ingatkan kelihatan kecenderungan ramai orang memberi undi kepada BN kini," katanya.