PRU15: Calon Parlimen Seremban beri perhatian isu banjir

Iklan
Mohd Fadli (dua dari kanan) bertanya masalah banjir yang membelengggu penduduk Kampung Gayan.

SEREMBAN - Dua calon Parlimen Seremban akan menjadikan isu banjir sebagai keutamaan mereka sekiranya dipilih menjadi ahli Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon Pejuang, Mohamad Jani Ismail berkata, berdasarkan pemerhatiannya ia berpunca daripada masalah sistem perparitan dan sungai yang tidak diselenggara dengan baik.

Iklan
Iklan

"Masalah lain itu tak serius sangat. Tapi bagi saya, masalah perparitan jadi 'tajuk' paling besar di Seremban yang berlaku di banyak tempat antaranya kawasan Pantai, Ampangan dan Lenggeng.

"Malangnya masalah ini tak selesai. Saya tak tahu di mana silapnya apabila isu ini masih berlarutan dan sebab itu saya akan jadikan banjir sebagai topik utama untuk dibincangkan jika dipilih sebagai ahli Parlimen," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
MohamadJani (kanan) mendengar keluhan penduduk Kampung Gayan, Oantai yang dilanda banjir kilat baru-baru ini.

Menurutnya, tidak cukup sekadar menghantar jabatan atau agensi tertentu membantu mangsa banjir setiap kali musibah itu berlaku kerana ia terus menghantui penduduk.

Jelasnya, sesetengah ahli politik dilihat lebih banyak berpolitik semata-mata berbanding memberi keutaman kepada isu rakyat.

Iklan

"Seorang Ahli Parlimen ada kuasa untuk bersuara dan mendesak untuk selesai isu banjir ini. Biarlah kita menjadi YB yang tidak disukai di Dewan Rakyat kerana membawa suara rakyat," katanya.

Sementara itu calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Fadli Che Me berkata, perlu adanya solusi menyeluruh bagi memastikan masalah banjir di kawasan Seremban tidak akan berulang lagi.

Katanya, jika punca berlakunya banjir itu dapat diselesaikan dari awal, ia dapat mengurangkan kos dan risiko yang perlu ditanggung.

"Saya sebagai Yang Dipertua Pas Seremban sememangnya akan turun bersama pasukan membantu mangsa-mangsa banjir ini, tapi bantuan yang kami boleh beri hanya setakat itu saja.

"Meskipun penduduk maklum sudah banyak kali buat permohonan kepada pihak berwajib untuk mendalamkan sungai, tapi kami tiada kuasa untuk buat itu dan sebab itu pentingnya peranan seorang ahli Parlimen," katanya.