Percubaan laluan kontra KL-Putrajaya bermula 16 November

Iklan
Maklumat terkini mengenai laluan kontra dan laporan trafik juga boleh didapati melalui akaun MEXTraffic Twitter dan Facebook MEX Traffic

CYBERJAYA - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) meluluskan pelaksanaan laluan kontra (contra-flow) secara percubaan di Lebuhraya MEX ke arah Kuala Lumpur bermula 16 November ini.

Maju Expressway Sdn Bhd menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, laluan kontra berkenaan akan dipantau dan dinilai keberkesanannya dari semasa ke semasa.

Iklan
Iklan

"Laluan kontra ini akan bermula pada 16 November dari Kilometer (km) 11.5 sehingga km 7.9 bagi aliran trafik arah Utara (Putrajaya-Kuala Lumpur).

"Laluan kontra ini khusus untuk kenderaan ringan (Kelas 1) yang akan menuju ke Jalan Tun Razak dan pusat bandar melalui Plaza Tol Salak Selatan sahaja," kata kenyataan.

Iklan

Kenyataan sama memaklumkan, pengguna ingin keluar ke Bukit Jalil atau Kuchai Lama perlu kekal di laluan utama tanpa memasuki laluan kontra.

Menurutnya, langkah itu dijangka dapat mewujudkan aliran trafik yang lebih lancar dan mengurangkan masa perjalanan bagi semua pengguna Lebuhraya MEX.

Iklan

"Laluan kontra ini akan dilaksanakan pada setiap hari dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 7 pagi sehingga 10 pagi kecuali hujung minggu atau cuti umum," kata kenyataan.

Sehubungan dengan itu, pengguna lebuh raya diminta untuk merancang perjalanan ketika tempoh laluan kontra dilaksanakan dan diingatkan untuk berada di lorong yang betul bagi mengelakkan kekeliruan dan gangguan aliran trafik.

"Kerjasama semua pemandu amatlah dihargal untuk menjayakan laluan kontra ini," tambah kenyataan itu.

Maklumat terkini mengenai laluan kontra dan laporan trafik boleh didapati melalui akaun MEXTraffic Twitter dan Facebook MEX Traffic atau, hubungi kami di MEX Helpline di 03-83159111 untuk maklumat lanjut.