PRU15: Jangan pandang mudah pengundi muda

Iklan
Shamsul Anuar Nasarah (kiri) berjumpa dengan pengundi muda di Lenggong

LENGGONG - Pengundi muda perlu didekati dan diberikan penerangan selengkapnya supaya mereka membuat keputusan terbaik dalam memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengundi muda memainkan peranan penting dan penyumbang kepada sesuatu keputusan serta menentukan nasib seseorang calon yang bertanding pada PRU15 ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, calon dan jentera parti perlu bijak mendekati golongan tersebut dan tidak boleh dipandang mudah kerana mereka juga sebahagian daripada kumpulan penting pengundi yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

Justeru, penyandang kerusi dan calon BN di Parlimen Lenggong itu berkata, peluang yang ada perlu digunakan seluas-luasnya bagi mendampingi pengundi muda menerusi penganjuran aktiviti belia, pertukaran maklumat dan pandangan mengenai isu semasa, penganjuran program sukan, aktiviti pelancongan dan sebagainya.

Iklan

Sementara itu, menyentuh mengenai PRU kali ini, Shamsul Anuar tidak menggangap ia sesuatu yang mudah biarpun dilabel sebagai kubu kuat BN, sebaliknya akan terus bekerja keras dengan menemui pengundi seramai mungkin dalam tempoh berkempen sebelum hari pengundian nanti.

"Rakyat perlu mengundi BN pada PRU15 ini supaya negara terus maju di bawah sebuah kerajaan yang stabil dan boleh membawa kemakmuran dan bukannya di bawah pemerintahan sebuah kerajaan yang gagal dan merugikan negara seperti dirasai sewaktu era pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada Jumaat.

Iklan

Shamsul Anuar akan dicabar oleh calon PH, Jurey Latiff Rosli dan calon Perikatan Nasional (PN) Muhamad Rif'aat Razman pada PRU15 ini.

Lenggong terkenal menjadi Tapak Warisan Dunia selepas diwartakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selepas Bandaraya Melaka dan Georgetown, Pulang Pinang.

Seramai 36,950 pengundi berdaftar layak mengundi di Parlimen Lenggong pada PRU15 ini.