2 juta penonton Upin Ipin, kutip RM25 juta

Iklan
Antara babak dalam Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal

UPIN & Ipin: Keris Siamang Tunggal filem animasi kedua terbitan Les’ Copaque Production meraih kutipan RM25 juta hanya selepas 3 minggu tayangan dengan jumlah penonton mencecah 2 juta orang.

Ia sekali gus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan filem antarabangsa Incredibles 2 yang memegang rekod tersebut.

Iklan
Iklan

Lebih membanggakan apabila jumlah penonton tersebut tidak pernah dicapai sebelum ini dan menjadi penanda aras baru bagi filem tempatan. Ia dijangka akan meningkat pada hari minggu yang akan datang.

Kejayaan filem ini adalah hasil daripada penulisan cerita yang luar biasa dalam mengaitkan watak Upin dan Ipin dengan watak-watak hikayat dongeng melayu lama seperti Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan banyak lagi.

Iklan

Selain itu, lagu tema dan animasi yang cantik mendapat pujian netizen yang meletakkannya setanding dengan filem animasi antarabangsa.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal adalah tontonan sesuai untuk seisi keluarga dari kanak-kanak hingga ke warga emas.

Iklan

Kos penerbitan filem ini menelan belanja hampir RM 20 juta, menjadikan ia filem termahal Malaysia dengan menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan.