KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, masing-masing atas lima pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram berjumlah RM6 juta, dua tahun lalu.
Tan Soon Hin dan isterinya, Teh An See, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid dan Hakim Kamarudin Kamsun.
Soon Hin, 43, didakwa melibatkan diri secara tidak langsung dalam transaksi wang berjumlah RM6,079,922.75 didepositkan ke dalam akaun semasa milik Miracle Fortune Trends Enterprise di Maybank Islamic Berhad, dua akaun simpanan dan semasa milik isterinya di Malayan Banking Berhad dan Hong Leong Bank Berhad serta dua akaun semasa milik Fickle Sdn Bhd di Public Bank Berhad.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, An See, 47, sebagai pemilik tunggal dan pengawal kepada Miracle Fortune dan pengarah Fickle menerima wang berjumlah RM3,753,805.28, melalui akaun semasa milik Miracle Fortune di Maybank Islamic Berhad dan dua akaun semasa milik Fickle di Public Bank Berhad.
Bagi pertuduhan keempat dan kelima, wanita itu didakwa menerima wang berjumlah RM2,326,117.47 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di akaun simpanan miliknya di Malayan Banking Berhad dan akaun semasa miliknya di Hong Leong Bank Berhad.
Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic cawangan Queensbay Mall, Bayan Lepas di Pulau Pinang; di Maybank cawangan Sunway Giza, Petaling Jaya; di Hong Leong Bank cawangan Pulau Tikus di Pulau Pinang dan di Public Bank cawangan Relau di Pulau Pinang, antara 7 Januari 2020 hingga 11 November 2021.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun, dan boleh didenda sehingga lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana lebih tinggi.
Di hadapan M Bakri, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti (SC), Nurul Rafeeza Hamdan menawarkan jaminan RM800,000 dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri kepada Pegawai Penyiasat SC sebulan sekali.
Sementara itu di hadapan Kamarudin, Timbalan Pendakwa Raya SC, Muhammad Izzat Fauzan menawarkan syarat yang sama untuk jaminan.
Peguam kedua-dua tertuduh, Lim Kon Keen, memohon agar anak guamnya dikenakan jaminan rendah memandangkan Soon Hin telah bankrap manakala isterinya tidak bekerja dan kesemua akaun bank milik mereka telah dibekukan oleh pihak berkuasa.
Mahkamah kemudian membenarkan Soon Hin dijamin RM400,000 manakala isterinya RM500,000 berserta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC sebulan sekali selain menetapkan tarikh sebutan semula pada 16 Januari tahun depan.
Sementara itu, di hadapan Kamarudin, peniaga Muhamad Afiq Md Isa, 34, mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan terlibat dalam aktiviti haram membabitkan wang berjumlah RM1,228,070.88.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa sebagai pemilik tunggal dan pengawal Pelham Blue Enterprise serta pengarah PBF Resources Sdn Bhd menerima wang berjumlah RM1,228,070.88 milik pelanggan di akaun semasa milik dua syarikat itu di Malayan Bank Berhad dan Maybank Islamic Berhad.
Bagi pertuduhan ketiga hingga kelima, Muhamad Afiq didakwa memindahkan wang berjumlah RM640,647.79 daripada akaun semasa milik Pelham Blue di Malayan Banking Berhad dan PBF Resources di Maybank Islamic Berhad ke dalam tiga akaun simpanan miliknya masing-masing di Maybank Islamic Berhad, Malayan Banking Berhad dan Public Islamic Bank Berhad.
Tertuduh didakwa dengan pertuduhan keenam hingga ketujuh iaitu memindahkan wang berjumlah RM286,232.99 daripada akaun simpanan miliknya di Maybank Islamic Berhad ke satu akaun Amanah Saham Bumiputera milik tertuduh di Permodalan Nasional Berhad dan ke akaun margin miliknya di CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Dataran Maybank, Bangsar; di Public Islamic Bank cawangan Kota Damansara dan di Maybank cawangan Seremban, antara 20 Mei 2020 hingga 25 Oktober 2021, mengikut akta sama.
Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM80,000 dengan seorang penjamin dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC sebulan sekali selain menetapkan tarikh sebutan semula pada 16 Januari tahun depan. - Bernama