SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut sewaktu dalam perjalanan dari Istana Abdulaziz, Kuantan ke Istana Negara, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Konvoi kenderaan baginda terserempak dengan mangsa di Batu 12, Jalan Kuantan - Gambang, Pahang, sebelum Al-Sultan Abdullah berkenan menuruni kenderaan rasmi untuk menyantuni keluarga penunggang motosikal yang terlibat.