KELAB Liga Malaysia (Liga-M) diharap dapat melepaskan para pemain yang dipilih pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk menggalas cabaran negara dalam saingan Piala AFF 2022 bermula 20 Disember depan.
Malah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan pelepasan pemain dapat membantu memudahkan Pan-gon membentuk pasukan yang lebih mantap bagi cabaran berkenaan.
Iklan
Iklan
"Tindakan pasukan melepaskan pemain mereka dapat membantu ketua jurulatih membuat perancangan rapi untuk Piala AFF, walaupun kejohanan itu tiada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," katanya sempena Program Hari Bola Sepak Suparimau FAM di Stadium Mini Pendang pada Jumaat.
Mengenai calon pengganti bekas jurulatih kecergasan Harimau Malaya, Dr Gokhan Kandemir yang melepaskan jawatannya bulan lalu, Mohd Yusoff berkata,"FAM serahkan kepada Pan-gon untuk buat pilihan supaya calon yang dipilih itu senang untuk bekerja bersamanya.
"Dia akan bawa calon itu berjumpa kita sebelum ia dimuktamadkan dan dipersetujui seluruh kepimpinan FAM.”