Berarak menaiki 40 buah bot

Iklan
Kira-kira 80 nelayan pantai sekitar Kampung Tanjong Lumpur, Tanjong Api, Cempaka dan Sepat di daerah Kuantan mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dan calon BN Parlimen Kuantan Datuk Seri Ab Hamid Mohd Nazahar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mereka berarak menaiki 40 buah bot fiber sambil membawa bendera dan poster calon BN menyusuri Sungai Kuantan sejauh dua kilometer.

Parlimen Kuantan menyaksikan pertembungan empat penjuru pada PRU15 antara Ab Hamid, Fuziah Salleh (PH), Wan Razali Wan Nor (PN) dan Anuar Tajuddin (GTA).