PRU15: GTA rela jadi pembangkang

Iklan
Mahathir berucap sempena Rapat Umum Sayang Bangsa dan Negara di Sungai Petani, pada Jumaat.

SUNGAI PETANI - Gerakan Tanah Air (GTA) rela menjadi pembangkang jika gagal membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) daripada bergabung bersama parti yang dianggap merosakkan negara.

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bekerjasama dengan tiga gabungan parti seperti BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dianggap seolah-olah menjalinkan kerjasama dengan 'penyangak'.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sekiranya ditawar menjadi gabungan bagi membentuk kerajaan selepas PRU15, GTA bersedia sekiranya diberi pilihan namun bukan bersama ketiga-tiga parti yang dianggap sebagai perosak negara.

Jelasnya, asas pemilihan sesebuah kerajaan mestilah memilih calon yang terbaik dan berkualiti.

Iklan
Antara yang hadir ke Rapat Umum Sayang Bangsa dan Negara bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini pada Jumaat.

"Adakah kita nak pilih penyalah guna kuasa untuk jadi kerajaan? Kita tak boleh pilih BN.

"PH dulu bila jadi kerajaan, jadi sombong... mereka tamat kontrak pekerja menunjukkan mereka tidak prihatin.

Iklan

"PN pula melakukan kerajaan melalui pintu belakang, dipimpin oleh Mahiaddin (Muhyiddin Yassin), Hamzah Zainudin dan Azmin Ali," katanya.