Zionis pasang pagar baharu di sempadan Lubnan

Iklan
Tentera Israel memasang pagar baharu berhampiran sempadan Lubnan.

BEIRUT - LUBNAN . Tentera Israel dilaporkan telah mendirikan pagar baharu berhampiran sempadan Lubnan, kelmarin.

Menurut laporan akhbar tempatan, pagar baharu itu didirikan terlalu hampir dengan pagar keselamatan di kawasan Garisan Biru.

Iklan
Iklan

Garisan Biru adalah penanda sempadan tidak rasmi yang memisahkan Israel dengan Lubnan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mewujudkan Garisan Biru pada 2000 bertujuan menentukan sama ada Israel telah berundur sepenuhnya dari bumi Lubnan. - Agensi

Iklan
Iklan