Rozi tidur 3 jam kempen PRU15

Iklan
Rozi beramah mesra dengan peniaga pada Program Walkabout di Pasar Manir, di sini pada Sabtu.

KUALA TERENGGANU - Calon BN Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat hanya tidur kira-kira tiga jam sehari sejak penamaan calon yang lalu.

Menurutnya, perkara itu dianggap biasa pada musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah sehingga sekarang sudah 70 peratus daripada 87,916 pemilih berdaftar di Hulu Terengganu saya telah berjumpa.

"Siang dan malam saya turun ke 162 kampung untuk santuni mereka termasuk di pasar-pasar yang terdapat di Parlimen Hulu Terengganu," katanya selepas program Walkabout di Pasar Manir, di sini, pada Sabtu.

Iklan

Rozi berkata, beliau akan habiskan perjumpaan bersama rakyat di Hulu Terengganu dalam masa terdekat.

"Saya nampak penerimaan rakyat di Hulu Terengganu termasuk 55 peratus pengundi muda sangat baik dan mereka sebenarnya sudah tahu untuk memilih (mengundi).

Iklan

"Mereka sudah rasa macam mana kerajaan zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan-kerajaan sebelum ini," katanya yang sentiasa mengamalkan politik matang dan tidak gemar memburukkan pihak lawan lain.

Rozi bakal berdepan empat penjuru menentang Calon PN, Datuk Rosol Wahid, calon PH, Alias Ismail dan calon Pejuang, Mohd Khadri Abdullah.