Ketiadaan pemain utama punca Sabah gagal pamer aksi terbaik

Iklan
Antara aksi perlawanan Sabah menentang Kuching pada suku akhir kedua Piala Malaysia pada Jumaat.

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memberi alasan Kehilangan beberapa tonggak pada suku akhir kedua menjadi punca pasukannya gagal beraksi dengan baik.

Menurutnya, ketiadaan beberapa pemain utama seperti Dominic Tan dan Rizal Ghazali menyebabkan mereka bergelut untuk meneruskan rentak seperti yang diperagakan pada babak pertama.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu situasi ini menukar banyak rentak permainan kita dan pemain yang masuk tidak dapat memastikan momentum sama.

"Ini menjejaskan pergerakan kita apabila kita tidak dapat lakukan sepertimana yang sudah kita lakukan pada babak pertama.

Iklan

"Kita berjaya bertahan dengan baik sekalipun diasak KCFC. Kesungguhan pemain membantu kita mendapatkan gol yang diperlukan dan kita berjaya hadapi tentangan KCFC," kata Kim Swee.

Namun Taiki Kagayama meledak gol kemenangan Sabah FC pada minit ke-94 untuk menghantar mereka ke separuh akhir Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Iklan

Dalam pada itu, pengendali KCFC, Irfan Bakti Abu Salim memuji karakter ditunjukkan anak buahnya sekalipun bertandang ke Likas dengan ketinggalan satu gol.

Meskipun gagal mara ke pusingan seterusnya, namun Irfan tetap memuji aksi yang ditampilkan pasukannya pada perlawanan tersebut.

"Kita beraksi 120 minit dan saya harus memuji pemain. Saya harap mereka bangkit untuk musim mendatang,” ujarnya.