Haniza tekad selesai isu peneroka

Iklan
Haniza

HULU SELANGOR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) terus berusaha memperjuangkan tiga isu dikemukakan peneroka Felda di Hulu Selangor agar dapat diselesaikan segera.

Calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, isu dibangkitkan peneroka itu sudah dipanjangkan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin semasa lawatannya untuk bertemu dengan peneroka Felda di Hulu Selangor pada 31 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, isu dibangkitkan peneroka itu kemudiannya dibawa kepada kepimpinan tertinggi Felda bagi mencari jalan penyelesaian.

"Alhamdulillah saya mendapat maklumat bahawa had berat jualan sawit bulanan dibenarkan telah dinaikkan kepada 20 tan dan kini ia dalam proses untuk dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Haniza memberitahu, peneroka Felda menyambut baik usaha dilaksanakan semasa perjumpaan beliau dengan golongan itu tempoh hari.

"Di Hulu Selangor, terdapat ramai peneroka Felda yang dijangka mendapat manfaat daripada keputusan tersebut," kata beliau.

Iklan

Justeru, katanya, langkah itu juga dijangka dapat meningkatkan taraf hidup peneroka Felda.

Bagaimanapun, beliau berkata, dua isu lagi masih menanti proses kelulusan iaitu berkaitan dengan pembukaan akaun untuk peneroka yang mengusahakan ladang sawit sendiri dan membenarkan koperasi ditubuhkan oleh peneroka untuk membeli buah sawit.

"Saya sangat positif tentang kedua-dua lagi isu ini akan dapat diselesaikan tidak lama lagi," kata beliau.