Kok Leong pahat sejarah di Turkiye

Iklan
Kok Leong

LIM Kok Leong berjaya mencipta sejarah selepas muncul sebagai pemain snuker Malaysia pertama merangkul gelaran juara Kejohanan Snuker Amatur Dunia 2022 di Antalya, Turkiye pada Jumaat.

Pada aksi final yang berlangsung di Hotel Sueno Deluxe Belek, Kok Leong berjaya mengetepikan cabaran juara Asia, Amir Sarkhosh dari Iran 5-0 (68-63, 67-42, 78-0, 80-7, 73-54) dalam pertarungan selama 16 minit.

Iklan
Iklan

Timbalan Presiden Persekutuan Snuker dan Billiards Malaysia (MSBF), Datuk Mohamed Anis Hisham Abdul Aziz menyifatkan kejayaan Kok Leong itu cukup membanggakan MSBF dan rakyat Malaysia.

Sebelum itu, Kok Leong, 27, mengetepikan cabaran pemain Poland, Antoni Kowalski 4-2 di peringkat suku akhir sebelum menundukkan Babar Masih dari Pakistan 5-3 dalam aksi separuh akhir untuk mengesahkan tiket ke pentas final.

Iklan

Mei lalu, Kok Leong meraih pingat emas acara snuker dan biliard 6 red perseorangan lelaki dan membawa pulang perak acara snuker individu lelaki pada Sukan SEA Hanoi 2022.

Kok Leong turut meraih gelaran dalam Kejohanan Snuker Berpasukan Lelaki Dunia bersama pasangannya, Moh Keen Ho bulan lalu yang menyaksikan mereka mengulangi pencapaian sama pada edisi 2015 di Karachi, Pakistan.

Iklan