Dua cedera Rapid Pengerang meletup

Iklan
Paparan skrin Facebook Persatuan Bangsa Johor berhubung kejadian letupan yang berlaku awal pagi tadi.

JOHOR BAHRU - Dua pengawal keselamatan yang bertugas di Tapak Projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), Pengerang, cedera susulan berlaku satu letupan di fasiliti berkenaan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, berdasarkan laporan, kedua-dua mangsa lelaki tempatan berusia 28 dan 30 tahun.

Iklan
Iklan

"Mengenai kejadian ini, polis mengesahkan berlaku satu kebakaran dan menerima laporan kira-kira jam 1.25 pagi. Setakat ini ada dua mangsa terjejas.

"Bagaimanapun kedua-duanya kini dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Kecemasan Perubatan RAPID Pengerang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Iklan

Ashmon berkata, siasatan lanjut berhubung insiden terbabit akan dilakukukan bersama-sama beberapa agensi dan jawatankuasa berkenaan.

Katanya, ia melibatkan Jawatankuasa Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (JAKKSAS) JohorJawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak pengurusan keselamatan Petronas Rapid Pengerang.

Iklan

"Pihak polis memuji tindak balas ERT PETRONAS RAPID Pengerang yang dapat mengawal sepenuhnya insiden terpencil ini dalam masa yang singkat,” katanya.

Terdahulu, PETRONAS dalam satu kenyataan mengesahkan letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi tadi.

Katanya, pasukan kecemasan dan kebakaran digerakkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian.