Taktikal 'hantaran jauh' rahsia Brentford tewaskan City

Iklan
Toney meraikan jaringannya ketika bantu pasukannya tewaskan CIty di laman sendiri. - Foto Agensi

PENGENDALI Manchester CIty, Pep Guardiola mengakui taktikal hantaran jauh (long ball) yang digunakan Brentford menjadi punca pasukannya tewas pada aksi terakhir liga sebelum rehat Piala Dunia.

Menurut Guardiola, taktikal yang digunakan oleh jurulatih Brentford, Thomas Frank nyata menyukarkan pasukannya.

Iklan
Iklan

Katanya, pasukan yang mendapat jolokan The Bees itu layak untuk memenangi perlawanan tersebut.

"Biasanya anda akan menekan untuk memenangi semula bola namun ia berbeza pada perlawanan ini, mereka bertahan dengan begitu dalam dan begitu baik. Perlawanan ini sangat sukar dan sengit,” katanya.

Iklan

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Etihad, Ivan Toney meledak dua gol bagi membantu Brentford mengejutkan City 2-1

Ia adalah kekalahan pertama skuad kendalian Pep Guardiola itu di laman sendiri sejak Februari lalu yang juga kekalahan kedua musim ini selepas tumpas 0-1 kepada Liverpool pada 16 Oktober lalu.

Iklan

Keputusan tersebut menyaksikan City menamatkan saingan sebelum Piala Dunia Qatar dengan kekalahan dan kini ketinggalan lima mata di belakang Arsenal.