PRU15: Papan tanda PH silap eja sudah diturunkan

Iklan
Papan tanda mengandungi peribahasa yang tersilap eja ‘Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing’ sudah diturunkan.

KLUANG - Papan tanda Pakatan Harapan (PH) yang mengandungi peribahasa yang tersilap eja iaitu 'berat sama dipukul, ringan sama dijinjing' sudah diturunkan.

Calon PH-DAP, yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, berkata papan iklan berkenaan diturunkan dua jam selepas ia dipasang pada Jumaat lalu sejurus pihaknya menyedari kesilapan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kami mengakui kesilapan ini dan ianya adalah kesilapan dalam menaip perkataan tersebut (typo).

"Dalam papan iklan tersebut, kami ingin mempamerkan kepada orang awam tentang usaha-usaha yang telah kami jalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya menerusi kenyataan di muat naik di Facebooknya.

Iklan

Shu Qi turut berterima kasih kepada pihak yang telah menegur kesilapan tersebut bagi membolehkan pembetulan dilakukan segera.

"Kami juga berharap orang awam dapat melihat usaha-usaha yang telah dijalankan berbanding kesilapan yang telah berlaku," katanya.

Iklan