Hadi terus turun Rantau bantu kempen Tok Mat

Iklan
Abdul Hadi turun ke kempen PRK DUN Rantau bagi membantu kempen calon BN, Mohamad Hasan, pada program ceramah perdana di Taman Angsamas, di Seremban, malam tadi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH

SEREMBAN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) secara berseloroh mengakui sudah sihat apabila turun ke Rantau.

Katanya, beliau mahu sama-sama membantu kempen calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan walaupun dinasihatkan doktor untuk berehat lebih lama di IJN.

Iklan
Iklan

"Saya pun baru keluar hospital tapi bila datang sini rasa sembuh. Orang IJN kata duduklah seminggu, saya kata tak boleh.

ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Hadi dimasukkan ke IJN malam tadi

Iklan

"Alhamdulillah dengan doa kawan-kawan, saya sihat dan dapat jejak kaki ke Rantau ini dan dapat sama-sama tumpang suka dan gembira dengan kemenangan ini. Insya-ALLAH saya doakan agar ALLAH berikan taufik dan hidayah kepada rakyat kita mengundi Mohamad," katanya ketika berucap pada program ceramah perdana di Taman Angsamas, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; Timbalan Presiden MIC, Datuk S Saravanan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Iklan

Abdul Hadi turut berpuas hati dengan penganjuran ceramah itu yang mendapat sambutan baik penduduk Rantau berbanding ceramah pihak lawan.

Penduduk Rantau mengikuti program ceramah perdana BN dan Pas di Taman Angsamas, di Seremban, malam tadi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH

"Alhamdulillah, sambutan sangat baik di luar dugaan saya kehadiran pada malam ini (tadi). Dimaklumkan ada parti dia ceramah orang tak ramai, nak bagi ramai buat tempat sempit.

"Saya cadang letak cermin kiri kanan nak nampak ramai," sindirnya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menasihatkan pengundi PRK DUN Rantau memilih calon yang tepat.

"Insya-ALLAH pagi Sabtu keluar awal-awal, sebaik sahaja masa mengundi kita mengundi. Yang tak setuju, fikir panjang-panjang mengundi Mohamad juga kalau tak setuju.

"(Kerana) lebih baik mengundi yang tak setuju yang baik, daripada kita mengundi yang setuju yang tak baik. Ini nasihat saya," katanya.