Keadaan banjir di Rantau Panjang

Iklan
Penduduk kampung terpaksa menggunakan perkhidmatan bot untuk melakukan kegiatan harian berikutan kawasan kampung dinaiki air banjir ketika tinjauan di Gual Periok, Rantau Panjang.

Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang merekodkan peningkatan kepada 1,892 mangsa pagi ini berbanding 1,053 orang malam tadi.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 1,338 membabitkan 441 keluarga pagi ini berbanding 809 mangsa daripada 265 keluarga malam tadi dan ditempatkan di tujuh PPS dengan enam daripadanya di Pasir Mas manakala satu di Tanah Merah.