TP1B alumni UiTM lancar tabung infaq untuk pelajar asnaf

Iklan

SHAH ALAM - Yayasan Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), alumni UiTM melancarkan infaq untuk majlis iftar dan sumbangan kepada pelajar asnaf.

Acara tradisi alumni UiTM itu akan diadakan pada 22 Mei ini di Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam.

Iklan
Iklan

Dianggarkan seramai 200 penuntut UiTM asnaf akan menerima wang sumbangan bagi persiapan Ramadan dan Syawal.

Tema majlis infaq tahun ini ialah"Keep Sedekah Biar Hidup Makin Barakah”.

Iklan

Sehubungan itu, TP1B dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mempelawa para alumni universiti itu dan umat Islam mengeluarkan infaq atau sedekah untuk menjayakan majlis itu.

"Setiap seorang asnaf akan diberi RM300 dan penderma boleh menyalurkan infaq untuk setiap asnaf atau sebarang jumlah secara ikhlas,” katanya.

Iklan

Infaq boleh disalurkan melalui akaun AffinBank TP1B 1051 4000 8427 (IFTAR 2019).

Setiap derma akan dikecualikan daripada cukai.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Afiza Aziz ‭019-217 1910‬ atau ‭03-5510 0129‬.