Dua maut kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Iklan
Dua mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang.

GEORGETOWN – Dua wanita maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, pada pagi Ahad.

Kejadian jam 3.50 pagi itu dikatakan berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang dinaiki kedua-dua mangsa bersama lima yang lain terbabas dan melanggar penghadang jalan di bahagian kanan.

Iklan
Iklan

Akibat kejadian itu, lima mangsa tercampak keluar dari kenderaan kecuali pemandu dan penumpang hadapan.

Difahamkan, kesemua mereka berusia di antara enam hingga 54 tahun itu dalam perjalanan dari Juru menghala ke Bukit Gambir.

Iklan

Dua mangsa yang masing-masing wanita berusia 25 dan 54 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala lima mangsa yang termasuk dua kanak-kanak dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Iklan

Katanya, kes disiasat dibawah kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.