HULU SELANGOR – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti ‘flying fox’ di Kuala Kubu Bharu di sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung video tular berkaitan kejadian itu.
Iklan
Iklan
"Kita telah membuka kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, masyarakat diminta bertenang dan tidak gusar berhubung isu tular tersebut.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu yang sedang tular itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223," katanya.