SHAH ALAM - Firma penyelidikan O2 Research Malaysia (O2), meramalkan tiada tsunami politik besar-besaran bakal berlaku, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Ketua Penyelidiknya, Anis Anwar Suhaimi berkata, fenomena tsunami seperti berlaku semasa PRU14 sukar berulang dalam bentuk sama kerana isu dan sentimen politik serta corak pengundian adalah berbeza.